Wednesday, 13 March 2013

Sejarah SKPA3





SEJARAH SEKOLAH Kod BBA3037 (School history)

Sejarah Sekolah Kebangsaan Bandar Puncak Alam 3 bermula secara rasmi pada 1 Januari, 2011 dan bersekolah pada 3 Januari, 2011 lagi. Dengan adanya pembukaan tanah baru dan perpindahan penduduk, kawasan ini dinamakan Bandar Puncak Alam Fasa 3, sempena nama bandar ini. Ia dinamakan Sekolah Kebangsaan Bandar Puncak Alam 3 kerana sempena mengambil nama kawasan penempatan itu sendiri. Sekolah berdekatan ialah Sekolah Kebangsaan Puncak Alam (2) manakala sekolah menengah pula ialah Sekolah Menengah Puncak Alam. 

Semasa pembukaannya pada tahun 2011, bilangan murid seramai 530 dengan 33 orang guru dan bertambah kepada 873 tahun berikutnya. Sekolah baharu (Gred B) ini masih belum dirasmikan lagi dengan mengambil jarak sejauh 43 km menghala ke Bandar Kuala Selangor manakala ke Pejabat Pendidikan Dareah Kuala Selangor pula sejauh 44.3 km. 

Kini, sekolah ini merupakan sebuah sekolah tersergam indah berstatus kolej dengan kelengkapan sempurna termasuklah sebuah makmal komputer berhawa dingin multimedia pengajaran-pembelajaran berbantu komputer (TMK). Suasana pembelajaran yang tenteram, segar dan bersih maka diharapkan pencapaian akademik dan kokurikulun sekolah ini dijangka akan terus meningkat naik yang harus dicemburui oleh sekolah-sekolah disekitarya.

Keadaan Fizikal Sekolah.
Sekolah ini mempunyai kawasan seluas 4 ekar bersamaan 1.69 hektar dengan lima buah blok bangunan 3 tingkat berhubungan yang digunakan. Lukisan mural terdapat di dinding-dinding bangunan sekolah yang menampakan suasana indah dan ceria.

Mulai tahun 2012 Kelas Asas Fardu Ain Bandar Puncak Alam mula beroperasi dengan menyewa bangunan sekolah ini dengan murid seramai sekitar 235 orang. 

Bangunan sekolah ini menempatkan bilik darjah, bilik makmal sains, bilik Kemahiran Hidup, Makmal komputer dan bilik operasi buku teks. 

Perancangan

Sebuah bangunan Prasekolah satu tingkat akan dibina bersebelahan bangunan sedia ada bagi menampung permintaan, yang dijangka akan dilaksanakan menjelang tahun 2014. Terima kasih Kementerian Pendidikan Malaysia. Manakala Sekolah Menengah Puncak Alam 3 telah siap dibina bersebelahan dengan sekolah ini. Seterusnya Sekolah Kebangsaan Alam Suria dan Sekolah Kebangsaan Alam Jaya adalah dalam perancangan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melengkapkan empat buah sekolah kebangsaan dan dua buah sekolah menengah kebangsaan pada masa akan datang di kawasan ini.

Keadaan Fizikal Sekolah.
Sekolah ini mempunyai kawasan seluas 4 ekar bersamaan 1.69 hektar dengan lima buah blok bangunan 3 tingkat berhubungan yang digunakan. Lukisan mural terdapat di dinding-dinding bangunan sekolah yang menampakan suasana indah dan ceria.

Mulai tahun 2012 Kelas Asas Fardu Ain Bandar Puncak Alam mula beroperasi dengan menyewa bangunan sekolah ini dengan murid seramai sekitar 235 orang. 

Bangunan sekolah ini menempatkan bilik darjah, bilik makmal sains, bilik Kemahiran Hidup, Makmal komputer dan bilik operasi buku teks. 

Sebuah bangunan Prasekolah satu tingkat akan dibina bersebelahan bangunan sedia ada bagi menampung permintaan, yang dijangka akan dilaksanakan menjelang tahun 2014. Terima kasih Kementerian Pendidikan Malaysia. Manakala Sekolah Menengah Puncak Alam 3 telah siap dibina bersebelahan dengan sekolah ini. Seterusnya Sekolah Kebangsaan Alam Suria dan Sekolah Kebangsaan Alam Jaya dalam perancangan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melengkapkan lima buah sekolah kebangsaan dan dua buah sekolah menengah kebangsaan pada masa akan datang di kawasan ini. {Data pada Oktober 2013}. 

Analisis Bilangan Murid,
Dengan dua empat belas buah kelas pembelajaran, sekolah ini mempunyai seramai (satu ribu tiga puluh tujuh) 1037 orang murid dan 50 orang prasekolah. Data pada 31 Oktober, 2013.

 {Data pada Oktober 2013}. 

Pentadbiran sekolah.


NoJawatanPegawaiDariPegawai
1Guru BesarHj Ismail b DawaniDari 1 Jan 2011Hj Ismail b Dawani
2Penolong KananEn Zahar Azlan b ArifinDari 1 Jan 2011En Zahar Azlan b Arifin
3Penolong Kanan KokurikulumHj Isnu b Hj SururiDari 1 Jan 2011Hj Isnu b Hj Sururi
4Penolong Kanan HEMPn Shamhaitoon bt Abdul RazakDari 1 Jan 2011En Jaafar b Abdullah
5Penyelia PetangPn Norlatifah bt Tukimon16 Mac - 30 Oktober 2012Hj Rusli b Zaini


Sumber:  1.  Buku Lapor diri bertugas 2011 dan,
                2.  Buku Kedatangan sekolah Murid Oktober 2011, 2012, dan 2013.