Pengenalan
Pendidikan merupakan proses pembelajaran penyampaian
ilmu pengetahuan dari pendidik atau sumber maklumat yang lain kepada
pelajar melalui pelbagai cara. Proses ini
boleh berlaku secara formal ataupun tidak formal, tetapi
matlamat pembelajaran masih tetap sama iaitu untuk membolehkan
pelajar menguasai dan memahami apa yang hendak disampaikan oleh pendidik atau
sumber maklumat yang lain. Penggunaan teknologi komputer dalam proses
pengajaran dan pembelajaran sudah pasti akan meningkatkan lagi keberkesanan
proses dan hasilnya dalam jangka masa yang pendek mahupun jangka masa yang panjang.
Globalisasi membawa perubahan teknologi kepada
masyarakat. Ledakan maklumat dan keupayaan hebat teknologi terutamanya kuasa
digital dan pengkomputeran telah mencabar
sistem pendidikan termasuk teori pembelajaran untuk turut berubah. Kini konsep
ruang siber dan universiti maya menyediakan persekitaran pembelajaran secara
jarak jauh atau atas talian (online) melalui World Wide Web (www) dengan
bantuan alat teknologi maklumat dan komunikasi. Alatan ini merupakan simulasi
yang membolehkan pelajar mengalami pengalaman pembelajaran sebenar dan dapat
berinteraksi dengan individu lain tanpa perlu bersemuka. Kemudahan ini menjadi
agen sosialisasi terbaik yang menuntut individu sentiasa mengemaskini ilmu,
pengetahuan dan kemahiran disepanjang hayat mereka. Namun kajian mendapati ia
masih lagi mempunyai isu dan cabaran yang perlu ditangani dengan bijak. Dalam bab ini, perbincangan akan difokuskan kepada e-pembelajaran
atas talian, faktor-faktor kejayaan dan ancaman.
Dalam era teknologi maklumat kini, penyebaran maklumat berasaskan
ilmiah berkembang dengan pesat. Seiring dengan perkembangan ini, semua pihak terutama
pelajar perlu bersaing untuk memperoleh banyak maklumat bagi memantapkan pembelajaran
mereka. Begitu juga pihak guru, ibu bapa dan masyarakat. Dengan itu, e-pembelajaran
menjadi salah satu sumber penting untuk mendapatkan maklumat. Umumnya,
e-pembelajaran ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan secara atas
talian (online) menggunakan rangkaian elektronik untuk penyampaian
isi kandungan, interaksi atau pemudahcara.
Definisi e-pembelajaran
E-pembelajaran boleh didefinisikan sebagai satu
pembelajaran elektronik, di mana pada peringkat awal ia berfungsi sebagai
satu koleksi pakej pembelajaran dan informasi dalam pendidikan lanjutan. Ianya
juga dapat dicapai pada bila-bila masa sahaja dan ianya juga disampaikan secara
elektronik. (Dichantz, 2001) Dalam era teknologi maklumat kini, penyebaran
maklumat berasaskan ilmiah berkembang dengan pesat. Seiring dengan perkembangan
ini, semua pihak terutama pelajar perlu bersaing untuk memperoleh banyak
maklumat bagi memantapkan pembelajaran mereka. Begitu juga pihak guru, ibu
bapa dan masyarakat. Dengan itu, e- pembelajaran menjadi salah satu sumber
penting untuk mendapatkan maklumat. Umumnya, e-pembelajaran ialah proses
pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan secara atas talian (online)
menggunakan rangkaian elektronik untuk penyampaian isi kandungan, interaksi atau pemudahcara.
Azwan dan Rozita (2002) menyatakan bahawa e-pembelajaran
merupakan pembelajaran yang menggunakan sistem talian sebagai medium
perantaraan antara pengajar dan pelajar.
Azwan dan Rozita (2002) menyatakan bahawa
e-pembelajaran merupakan pembelajaran yang menggunakan system talian sebagai
medium perantaraan antara pengajar dan pelajar. Menurut Rosenberg (2001) e-pembelajaran
merujuk kepada penggunaan teknologi-teknologi internet dengan penyebaran yang meluas
dalam mencari penyelesaian untuk peningkatan pengetahuan dan prestasi.
E-pembelajaran juga disampaikan kepada pengguna melalui komputer dengan menggunakan
teknologi internet yang berpiawai.
Di samping itu, Yusup (2000) menyatakan bahawa e-pembelajaran
merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi maklumat
dan komunikasi secara terarah pengajar (pendekatan sistem) atau terarah pelajar.
E-pembelajaran juga merupakan satu pendekatan pembelajaran yang merupakan satu
pendekatan pembelajaran yang menggunakan media digital dan rangkaian komputer
untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan terutama menggunakan
internet.
Jamaludin Mohaidin (2000) pula mendefinasikan e-pembelajaran
sebagai suatu pendekatan pembelajaran yang mana pendidikan, latihan dan
maklumat yang berstruktur disepadukan dan disampaikan oleh komputer melalui
internet, khususnya web atau cakera keras, CD-ROM atau pun melalui sistem jaringan
organisasi. E-pembelajaran bukan sekadar penggunaan Power Point untuk
pengajaran dan pembelajaran, tetapi merupakan suatu pendekatan di mana
interaksi pelajar dengan sistem serta pengajar diberi tumpuan.
Sejarah penggunaan e-pembelajaran
Pembelajaran jarak jauh dikatakan berkait dengan
e-pembelajaran masa kini. Perkembangan pembelajaran jarak jauh telah diperkenalkan
seawal tahun 1728 apabila seorang guru yang mengajar kaedah terbaru penulisan
trengkas (short hand) yang bernama Calb Philips, mencari pelajar untuk belajar
dengan menerima isi pelajaran secara mingguan. (Holmberg, 2005).
Pembelajaran elektronik yang juga dikenali sebagai
e-Learning atau merupakan suatu proses
pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan teknologi komputer sebagai media
pengantara dan tidak berlaku intereaksi secara peribadi. Pembelajaran elektronik
digunakan dalam pelagai konteks. Di Amerika Syarikat, ia ditakrifkan seperti
satu pendidikan atau pengalaman pembelajaran terancang yang menggunakan satu
spectrum teknologi secara meluas, terutamanya berasaskan komputer dan internet.
Charles Wedemeyer daripada Universiti WisconsinI Madison
telah dianggap sebagai bapa pendidikan jarak jauh moden di Amerika. Sekitar
tahun 1964-1968, Carnegie foundation membiayai Wedemeyer’s Articulated Instructional
Media Project (AIM) yang membawa kepelbagaian teknologi-teknologi komunikasi
yang bertujuan untuk menyediakan pembelajaran kepada pelajar yang belajar
secara jarak jauh.
Kelebihan pembelajaran melalui e-pembelajaran
Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini
ialah berlakunya ledakan teknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam
telekomunikasi, komputer yang dihubungkan dengan jaringan internet telah
membolehkan banyak maklumat diperolehi dengan cepat. Inovasi dalam teknologi
maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat kepada pelbagai lapisan
masyarakat (Nik Azis, 1996). Menyedari hakikat ini, kerajaan Malaysia telah
mengambil inisiatif untuk terus memperkembangkan teknologi komunikasi dan
maklumat ini dengan menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC). Tujuh aplikasi
utama dalam MSC terdiri daripada kerajaan elektronik, tele-perubatan, sekolah
bestari, kad pintar, pemasaran tanpa sempadan, kelompok penyelidikan
dan pembangunan dan jaringan perusahaan sedunia. Ketujuh-tujuh aplikasi ini mewujudkan
telekomunikasi global berkeupayaan tinggi yang membawa Malaysia ke arah negara maju
dan makmur (MDC, 2000).
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
melihat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai suatu alat untuk merevolusikan
pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi,
menstrukturkan organisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan
yang lebih kuat di antara sekolah-sekolah dan masyarakat, dan meningkatkan
penguasaan pelajar. Konsep ICT dalam pendidikan dari kaca mata KPM merangkumi 3
polisi utama iaitu:
i. ICT
untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai
sesuatu yang boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah (pelajar).
ii. Fungsi
dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajaran dan pembelajaran,
sebagai sebahagian daripada subjek tersebut, dan sebagai sesuatu subjek tersendiri.
iii. Menggunakan
ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sesuatu sistem
pengurusan.
Gambar 1: Perubahan teknologi masa
kini
Internet telah membolehkan perkhidmatan dan program
latihan disalurkan melalui talian dan diakses secara jarak jauh. E-Learning
atau pembelajaran melalui online adalah pembelajaran yang pelaksanaanya
didukung oleh jasa teknologi seperti telefon, audio, videotape, transmisi
satelit atau komputer. Menurut Lowe (2000) staf akademik dan pelajar mendapati
pembelajaran secara talian merupakan satu kaedah yang menyenangkan pembelajaran
dan pengajaran.
Pembelajaran ini membolehkan pelajar belajar di mana
sahaja dan pada masa yang dipilih oleh pelajar. Ini membolehkan pelajar
menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif. Pembelajaran secara maya ini
juga melibatkan penggunaan kos secara efektif. Pembelajaran secara interaktif
atas talian membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan
digital atau laman web. Apabila semakin banyak teknologi diperkenalkan dalam
bidang pendidikan, pendidikan jarak jauh menyediakan satu cara untuk
menyebarkan maklumat dan pengetahuan secara global. Malahan pelajar berpeluang
mendapatkan pengalaman berbincang dengan pakar dari universiti melalui e-mel
atau blackboard.
Antara kebaikan pendidikan melalui e-pembelajaran atas
talian:
Sebagaimana yang diberikan oleh (Oblinger, Barone dan Hawkins, (2001) iaitu Exploration, Experience Engagement, Empowerment, Effectiveness, Expanded dan Ease of Use; menerangkan nilai-nila penggunaan e-learning memberi impak pembelajaran atau
peluang yang luas kepada pelajar menerusi penglibatan aktif pelajar, interaktif,
koloboratif dan menggalakkan pembelajaran seumur hidup. Pengalaman pembelajaran
boleh diperolehi menerusi penggunaan e-learning tidak dibatasi oleh empat
dinding kelas semata-mata; malah penggunaannya mampu menambah nilai pembelajaran
sekiranya diurus dalam persekitaran pembelajaran yang sesuai. Nilai-nilai tersebut
i. Pelajar
boleh belajar mengikut tahap kendiri berdasarkan keupayaannya. Sebagai
permulaan pelajar mestilah mempunyai asas mengendalikan komputer. Tahu fungsi
peralatan dan tahu asas menulis serta ubah suai (editing).
ii.
Belajar mengikut
lokasi yang sesuai sama ada di pejabat, rumah, universiti dan
masa santai kerana kemudahan internet ini boleh diakses di mana sahaja
lebih-lebih lagi dengan adanya 3G.
iii.
Pelajar boleh melibatkan diri
dalam program yang ditawarkan oleh universiti, kolej, dan kumpulan lain yang menawarkan
program berprestij tinggi dan berkualiti tanpa berpindah lokasi.
iv.
Pembelajaran melalui
e-pembelajaran membolehkan pelajar dilatih untuk menggunakan pelbagai teknologi
seperti pemain CD, penyiaran komputer, rakaman pita video dan lain-lain.
v. Pelajar
boleh mengarahkan pembelajaran mereka sendiri akan tetapi panduan pembelajaran
diperlukan untuk memudahkan proses pengajaran pembelajaran.
vi. Pelajar
perlu bertanggungjawab terhadap program pengajiannya, menyelesaikan tugasan dan
menghantar melalui email dalam tempoh masa yang ditetapkan.
vii. Mengumpul
maklumat dan membangunkan kemahirannya.
Menurut Razman (2003), dengan
menggunakan e-pembelajaran semua masalah ini dapat dielakkan kerana sistem
e-pembelajaran ini dapat memenuhi kehendak dan kesesuaian pelajar tanpa
mengambil kira bilangan pelajar yang mencapai sistem ini. Ini akan menyebabkan
mereka lebih terlibat dalam proses pembelajaran. E-pembelajaran adalah berpusatkan
pelajar di mana pelajar perlu berdikari pada masa-masa tertentu. Suasana
pembelajaran e-pembelajaran memaksa pelajar untuk memainkan peranan yang lebih
dan melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif. Pelajar perlu membuat
perancangan dan mencari bahan atau maklumat berkenaan isi pelajaran dengan
daya usaha serta inisiatif sendiri. Sistem e-pembelajaran membolehkan pelajar
belajar secara kendiri dengan cekap dan efektif. Pelajar berupaya untuk
menentukan waktu pembelajaran, objektif yang ingin dicapai dan maklumat yang
diperlukan mengikut kehendak sendiri. Selain itu, sistem ini juga membolehkan
pelajar mempelajari topik yang sukar mengikut aras keupayaan mereka sehinggalah
mereka benar-benar menguasai pengetahuan tersebut.
Ciri-ciri pelajar yang Berjaya
a.
Sentiasa
bersikap dan berfikiran positif. Pelajar yang bermotivasi selalunya dapat
dilihat dalam pelbagai aspek dan mempunyai ciri-ciri yang tertentu.
b.
Sentiasa belajar memajukan diri melalui
bacaan buku dan menulis nota ringkas.
c.
Membuat akronim (perkataan sendiri) dan
peta minda untuk mengingati isi pelajaran. Sebagai contoh, JERI iaitu jasmani,
emosi, rohani dan intelek.
d.
Menggunakan dan mengambil nota ringkas
dengan formula sendiri.
e.
Mematuhi jadual waktu pembelajaran
fleksibel yang telah ditetapkan dengan kaedahnya sendiri.
f.
Membantu rakan-rakan yang memerlukan
pertolongan dari sudut moral. Dengan secara tidak langsung pelajar akan
mendapat manfaat bersama.
Ciri-ciri pelajar yang Berjaya dan Cemerlang
1.
Menghadiri sesi tutorial semasa, secara
kelas dan atas talian dan sentiasa mengulangkaji pelajaran.
2.
Mempunyai
motivasi tinggi dalam hidupnya akan sentiasa bermatlamat dan mempunyai
cita-cita tinggi.
3. Menguruskan
masa yang ada padanya dan tahu untuk memanfaatkan masa. Bijak mengurus
masa ditakrifkan sebagai seseorang yang dapat mengurus aktiviti hariannya
dengan lebih efektif.
4. Mempunyai
keyakinan yang tinggi. Dengan keyakinan yang dimiliki akan dapat membantu
meningkatkan self-esteem kendiri ke tahap yang tinggi.
5.
Mempunyai
daya juang dan semangat juang yang tinggi. Pelajar yang bermotivasi dan cemerlang
ini adalah pelajar yang mempunyai daya juang yang tinggi.
6. Sentiasa menjaga kesihatan badan agar
bertenaga dengan mengambil diet pemakanan sihat dan seimbang.
7.
Sentiasa mencari bahan sesuai dengan
pelbagai cara. Antaranya melayari internet mencari bahan pelajaran berkaitan
tajuk dipelajari.
8.
Mengamalkan hidup sihat, bersenam dan
berekreasi dan sentiasa taat kepada perintah Allah bagi pengisian rohani.
Pelajar perlu mempunyai
ketahanan lasak dan minda yang kuat dalam menghadapi dan mengharungi apa-apa
sahaja dalam kehidupannya. Mempunyai daya juang yang tinggi dalam diri untuk menghadapi
pelbagai dugaan dan kemungkinan yang akan timbul dalam situasi pembelajaran
yang dihadapinya.
Petua-petua
dan ciri-ciri pelajar cemerlang dan berjaya.
Antara beberapa petua dari Dr Hj Fadzilah
Kamsah menyatakan pelajar yang cemerlang akan:
1.
Menggunakan kedua-dua
belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti
merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2.
Merangsang
kesemua deria dalam pembelajaran.
1.
kita
ingat 10 % apayang dibaca
2.
kita
ingat 20% apa yang didengar
3.
kita
ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
4.
kita
ingat 70% apa yang dicakapkan
5.
kita
ingat 90% setelah dipraktikkan
3.
Belajar 3
jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
4. Belajar
dalam persekitaran kondusif seperti memastikan cahaya adalah terang,
mengurangkan gangguan bunyi, menampal poster yang mengandungi slogan yang
menaikkan semangat belajar, menampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran,
kerusi dan meja menghadap kiblat serta jangan lupa untuk senyum.
5.
Mengulang
kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak
menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca
buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan menjawab
soalan.
6.
Tahu
teknik merangsang memori:
1.
memasukkan
maklumat dalam memori (registration)
2.
menyimpan
maklumat dalam sel memori (retention)
3.
mengingat
kembali (recall)
4.
menggunakan
maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
7.
Mempunyai
teknik membaca yang betul:
1.
duduk
dengan tegak & bernafas dengan betul
2.
memberikan
tumpuan sepanuhnya
3.
menggunakan
jari telunjuk untuk membaca
4.
menyesuaikan
kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
8. Mengadakan
rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
9. Belajar
mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological
clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu
sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran,
zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
10.
Mengulang
kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80%
selepas belajar).
11.
Tahu
petua mengulang kaji
1.
cari
tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
2.
siapkan
semua 'bekalan' dengan sempurna
3.
duduk
tegak dikerusi yang selesa
4.
baca doa
penerang hati
5.
baca buku
atau nota mengikut teknik membaca yang betul
6.
fikir dan
ingat kembali isi utama
7.
mencatat/lakar
8.
semak
semula ketepatan maklumat
9.
ulang
sebut atau ceritakan pada orang lain
10.
buat
rumusan
11.
jawab
soalan
12.
tampal
maklumat yang rumit di dinding
13.
baca doa
tanda kesyukuran selepas belajar
12. Tahu
memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat
khabar, melawat rakan dan sebagainya.
13. Tahu
petua-petua agar tidak lupa:
1.
jangan
makan kepala ikan
2.
jangan
makan organ dalaman
3.
jangan
minum semasa makan
4.
jangan
minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
5.
jangan
melihat kemaluan
6.
jangan
melihat buih
7.
jangan
membaca nama pada batu nisan
8.
banyakkan
makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
9.
banyakkan
makan kismis, kurma dan madu
10.
banyakkan
makan kekacang
11.
pakai
minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
12.
jangan
makan sehingga terlalu kenyang
13.
jangan
kencing berdiri
14.
Cekap
mengatur jadual belajar:
1.
mempunyai
jadual belajar
2.
patuh
kepada jadual
3.
buat
jadual yang boleh diikuti
15.
Tidak
menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
16.
Ciri-ciri
pelajar cemerlang:
1.
taat
kepada Allah
2.
mendirikan
sembahyang
3.
menghormati
kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
4.
hormati
& sayangi guru
5.
bersungguh-sungguh
dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
6.
suka pada
setiap mata pelajaran yang dipelajari
7.
membantu
rakan yang memerlukan
8.
berdoa
dan bersyukur kepada Allah
9.
sentiasa
bertawakal
10.
mahir
dalam setiap mata pelajaran
|
Kelemahan Pembelajaran Melalui E-Pembelajaran Atas
Talian.
Menurut pandangan Hassan Mohd Ghazali (2006) dalam
kajiannya yang bertajuk “Kelebihan dan Kelemahan Penggunaan Sumber dan
Perkhidmatan Internet dalam Pengajaran dan Pembelajaran” terdapat kelemahan
dalam penggunaan pembelajaran berasaskan elektronik atau e-pembelajaran.
Antaranya:-
1. Sumber
maklumat yang tidak menyakinkan, kerana tiada autoriti dalam data
asas dan tidak meyakinkan.
2. Tingginya
kemungkinan gangguan belajar; disebabkan sistem tersebut hanya mengkondisikan
pelajar untuk belajar kendiri, menyebabkan pelajar yang malas dan kurang usaha hanya
menerima bahan dari pelajar yang rajin mencari maklumat berguna.
3. Fasalitis
yang masih tidak mencukupi, terutama di kawasan luar bandar yang belum
mempunyai kemudahan-kemudahan asas.
4. Pembelajaran
tidak berlaku dalam bentuk bersekemuka. Seandainya berlaku ia dalam tempoh
singkat dan terlalu sedikit atau sebahagian sahaja.
5. Kurang
kawalan daripada pengajar (mentor) kerana ia berpusatkan kepada pelajar itu
sendiri.
6. Pembelajaran
kendiri melalui saluran ini menyebabkan pelajar lebih individulistik.
Memang diakui
walaupun terdapat kelemahan dari segi kawalan kualiti bahan berbentuk ilmiah,
hak cipta, gangguan pelajar belajar, fasalitis yang tidak mencukupi, pembelajaran
bersekemuka tidak berlaku, kawalan dari pengajar, dan pelajar lebih ke arah individulistik.
Pengguna dan pencari maklumat haruslah tahu etika, dapat menilai keaslian
sesuatu bahan-bahan itu. Memastikan ketulenan bahan melalui sumber-sumber yang
boleh dipercayai seperti http://oum.edu.my. Dan tahu tahap akademik penulis dan
bahan tulisannya. Kebaikan dan kejayaan akan terserlah adalah atas daya usaha
individu itu sendiri.
Cadangan
Komputer dan teknologi internet sangat membantu
meningkatkan keupayaan pembelajaran dan perkembangan profesionalisme individu.
Internet memberi peluang kepada setiap orang meneruskan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dalam pelbagai cara. Malah ia membantu sistem masyarakat ke arah
perkongsian maklumat. Pembuat dasar hendaklah mengambil kira kesan teknologi
terhadap latihan teknikal, pedagogi dan infrastruktur baru yang diperlukan untuk
melakukan transformasi terhadap sistem pendidikan terutamanya sekolah dan tidak
memerlukan buku-buku teks serta buku rampaian. Semuanya boleh dicapai
menggunakan medium internet atas talian (dalam talian) semata-mata. Semua
pelajar dibekalan sebuah lap-top seorang. Maknanya semua bahan yang diperlukan
berada di hujung jari guru, pelajar dan ibu bapa (penjaga) dapat mengakses kepajuan anak jagaannya.
Selain itu pelbagai
pihak tidak kira swasta mahupun badan bukan kerajaaan (NGO) perlulah berganding
bahu bersama kerajaan untuk membangunkan lagi sistem pendidikan di negara kita
agar ‘duduk sama rendah, berdiri sama tinggi’, berjalan rapat seiring. Kalau boleh dapat mengatasi
negara-negara maju dan menjadi contoh ikutan yang lain. Semoga negara Malaysia
mempunyai ‘benchmark’ dengan wawasan tersendiri dan bermakna.
KESIMPULAN
Pelajar dengan e-pembelajaran atau pembelajaran atas talian
berbentuk elektronik dalam pembelajarannya mempunyai terlalu banyak kelebihan
dengan kelemahan yang sudah tentu ada. Antara kelebihannya, ia berupaya
mempercepatkan pengajaran dan proses pembelajaran itu sendiri dengan lebih
efektif lagi. Sementelaah lagi kajian demi kajian berbentuk ilmiah menunjukkan pencarian bahan melalui
e-pembelajaran lebih bersifat terbuka dan memberi peluang kepada pelajar menerokai
bahan terbaharu. Lataran itu, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berasaskan
teknologi dan komunikasi (ICT) atas talian, banyak merujuk kepada kebolehan pelajar
dan guru mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi, dan teknologi dalam
pengajarannya serta kemampuan pelajar mengakses dan belajar dari bahan yang
disediakan. Peluang begitu luas sekali untuk mencari bahan dan maklumat
dipelusuk dunia sekali gus membantu mendapatkan bahan untuk membantu proses
pembelajaran dan juga pengajaran. Lazimnya, e-pembelajaran atas talian berupaya
memainkan peranan membantu setiap aktiviti utama dalam proses pendidikan iaitu
pembangunan bahan pembelajaran, penyampaian pengajaran, program pengukuhan
pembelajaran dan penilaian. Bahan-bahan yang begitu banyak dapat diproses dan
ditapis untuk digunakan sebagai bahan pembelajaran. Pelajar dengan menggunakan
pendekatan pembelajaran kendiri dapat menyesuaikan masa dan ruang untuk belajar
dan tidak terlalu bergantung dengan pensyarah atau guru semata-mata.
Sememangnya
pendidikan maya (atas talian) memberikan pelbagai kelebihan kepada pelajar dan seluruh
lapisan masyarakat. Umum mengetahui bahawa bentuk pengajaran dan pembelajaran yang
baharu membolehkan rakyat meningkatkan kemahiran dan kelayakan akademik.
Pelaksanaan sistem pendidikan maya atas talian di negara kita akan dapat meluaskan lagi horizon
minda para pelajarnya. Walaupun pelajar akan lebih terdedah dengan dunia
globalisasi namun tetap ada cara untuk mengatasi segala kelemahan. Peringkat usia
pula tidak disyaratkan untuk seseorang mencapai, menguasai dan mendapatkan ilmu
pengetahuan. Namun begitu menerusi konsep pembelajaran sepanjang hayat dalam
talian, patut dimanfaatkan oleh semua bertunjangkan pepatah ‘sebab mutiara
sebiji, lautan dalam diselami juga’.