Thursday, 14 March 2013

Misi Moto Objektif Piagam Visi

VISI, MISI, PIAGAM, Dan MOTO
Data pada Jan 2014
______________________________________________________________________________

Data pada Mac 2011

VISI

Sekolah Cemerlang Menjelang 2016


MISI

Menyediakan perkhidmatan berkualiti dan iklim pembelajaran yang kondusif kepada murid bagi melahirkan Warga Negara Malaysia cemerlang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

PIAGAM

·       Menyediakan persekitaran sekolah yang selamat, selesa, ceria dan kondusif.
·       Mematuhi dan melaksanakan semua arahan dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Selangor, dan Pejabat Pelajaran Daerah.
·       Meningkatkan martabat profesionalisma pengurusan dan menyediakan perkhidmatan yang cekap, efisien dan berkualiti.
·       Memberi layanan mesra dan mengambil tindakan segera terhadap aduan pelanggan.
·       Memantapkan permuafakatan, ukhwah dan kerjasama dengan semua pihak.

MOTTO

Ikhlas, Mesra, dan Efisien. 

OBJEKTIF - BBA3037 .

Pendidikan sekolah rendah menjurus kepada:-
i.     Menyumbang dan meningkatkan lagi daya intelek berteraskan pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif;
ii.    Memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian;
iii.   Memiliki dan menghayati nilai-nilai murni;
iv.    Peka, prihatin dan menghayati alam sekitar dan menghargainya;
v.     Menggemari dan mencintai ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha untuk menambah dan mengembangkannya;
vi.    Memahami, menghayati dan menginsafi sejarah serta latar belakang sosio-budaya negara;
vii.   Berkeupayaan untuk memperkembangkan serta mengubahsuai kemahiran-kemahiran agar selaras dengan perkembangan semasa dalam bidang ilmu dan teknologi; dan

viii.  Mempunyai kesedaran, tanggungjawab yang tinggi dan kesediaan untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara.


http://pssskpa3.wordpress.com/motto-visi-misi/

No comments:

Post a Comment