LAPORAN
TEMASYA
SUKAN TAHUNAN
KALI KE-3
TARIKH : 07 JULAI 2013 (AHAD)
MASA : 8.00 PAGI – 5.30 PETANG
TEMPAT : PADANG SEKOLAH SKPA3
DISEDIAKAN OLEH : HASHIDA
BINTI SAKISAN
SITI ASNILELA BINTI MOHAMED ROSTY
TEMASYA SUKAN TAHUNAN KALI KE -3

LAPORAN LENGKAP

Ahad 07 Julai 2013, Sekolah
Kebangsaan Puncak Alam 3 telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan Kali ke-3 di
padang sekolah. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG Encik
Mohd Razid Bin Siron. Tiga puluh satu acara sukaneka telah dipertandingkan pada
acara sebelah pagi serta acara perasmian.
Acara perasmian disaksikan pembukaan
tirai Temasya Sukan Tahunan Kali-3, dimulakan tepat jam 9.00 pagi. Peserta perbarisan bersiap sedia menanti kehadiran tetamu jemputan
diiringi dengan paluan kompang. Peserta perbarisan terdiri dari 4 kontijen bagi
mewakili 4 rumah sukan iaitu merah, biru, kuning dan hijau. Peserta perbarisan
sangat bersemangat memperagakan pakaian bertemakan adiwira dengan membuat perbarisan
lintas hormat, nyanyian lagu dan seterusnya bacaan doa telah dibacakan oleh
Ustaz Mohd Rosdi Bin Che Daud.
Acara perasmian diteruskan dengan
ucapan Guru Besar SK Puncak Alam 3 Tn Hj Ismail Bin Dawani, ucapan YDP PIBG SK
Puncak Alam 3 yang seterusnya merasmikan Temasya Sukan Tahunan Kali-3. Acara
perasmian diakhiri dengan bacaan ikrar kejohanan diketuai oleh ketua kontijen perbarisan.
Persembahan Silat juga turut dipersembahkan selepas acara perbarisan.
Sukaneka bermula tepat jam 9.30
pagi. Acara dimulai dengan sukaneka prasekolah dimana sebanyak 6 acara termasuk
acara larian 50m, 4x25m dan acara sukaneka dipertandingkan. Seterusnya acara
untuk Tahun 1 dimulakan dari kelas 1 Amanah hingga kelas Tahun 3 Dedikasi
dimana setiap kelas dibahagikan kepada 4 kumpulan yang mewakili rumah sukan
iaitu merah, biru, kuning dan hijau.
Acara sukaneka bagi tahap 2
dimulakan dengan kelas 4 Amanah sehingga ke Tahun 6 Dedikasi dan sukaneka tamat
pada jam 12.30 petang.
TEMASYA SUKAN TAHUNAN KALI KE -3

LAPORAN LENGKAP

Ahad 07 Julai 2013, Sekolah
Kebangsaan Puncak Alam 3 telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan Kali ke-3 di
padang sekolah. Temasya ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG SKPA3
iaitu Encik Mohd Razid Bin Siron dimana pada sebelah petang 24 acara balapan peringkat
akhir dipertandingkan.
Acara bermula tepat jam 2.30. Semua peserta telah bersedia di
rumah sukan masing-masing. Acara dimulakan dengan lari 100m Tahun 4, 5 dan 6 (
lelaki dan perempuan ). Pada jam 2.45 petang acara lari 200m Tahun 4, 5 dan 6 (
lelaki dan perempuan )dimulakan. Pada jam 3.30 acara lari 4x200m Tahun 4, 5 dan
6 ( lelaki dan perempuan ) dimulakan dan seterusnya lari 4x100m Tahun 4, 5 dan 6
( lelaki dan perempuan ) yang berakhir pada jam 4.15 petang.
Selepas berakhirnya acara larian
balapan, pada jam 5.00 petang acara tarik tali akhir lelaki dan perempuan turut
dipertandingkan. Pada jam 5.30 petang, acara ibu bapa dan pegawai kejohanan dimulakan
iaitu rebut kerusi. Acara tersebut telah dapat menarik para penonton dan acara
inilah acara yang ditunggu-tunggu.
Majlis diakhiri dengan keputusan
Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-3 serta penyampaian hadiah. Acara tamat pada jam
6.00 petang.
KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN
PENCAPAIAN
|
RUMAH SUKAN
|
MARKAH KESELURUHAN
|
JOHAN
|
MERAH
|
687
|
NAIB JOHAN
|
HIJAU
|
582
|
KETIGA
|
KUNING
|
576
|
KEEMPAT
|
BIRU
|
561
|
OLAHRAGAWAN / OLAHRAGAWATI
OLAHRAGAWAN
– AMMAR BIN KHAIRUL ZAMAN (BIRU)
OLAHRAGAWATI - NADIA SYAFIQA BINTI SHARIFUDDIN (MERAH)
PERBARISAN LINTAS HORMAT
TIDAK
DIPERTANDINGKAN PADA TAHUN INI
TARIK TALI
PENCAPAIAN
|
RUMAH SUKAN (LELAKI)
|
RUMAH SUKAN (PEREMPUAN)
|
JOHAN
|
KUNING
|
KUNING
|
NAIB JOHAN
|
HIJAU
|
MERAH
|
KETIGA
|
BIRU
|
HIJAU
|
KEEMPAT
|
MERAH
|
BIRU
|
ACARA PEGAWAI
KUMPULAN : PN. NORZIATUL HANIM BT AWANG
PN. NORAZIMAH BINTI AHMAD NAWAWI
PN. ANIFARIZA BT SARMO
LAPORAN PERSEDIAAN KEJOHANAN
- Persediaan
gelanggang berjalan dengan lancar
- Persediaan
khemah rumah sukan dan urusetia berjalan dengan lancar.
- Persiapan
buku aturcara , borang peserta, buku statistik berjalan dengan baik.
- Persediaan
hadiah berjalan dengan lancar.
- Mesyuarat
persediaan akhir berjalan dengan lancar
KEKUATAN / KEJAYAAN KEJOHANAN
- Kerjasama
dan komitmen yang baik dikalangan pentadbir ,guru-guru dan PIBG sekolah.
- Semangat
juang yang tinggi dikalangan pelajar.
- Pentadbir
memberikan sokongan yang tinggi.
- Sikap
profesionalisma yang ditunjukkan oleh guru yang bertugas.
KELEMAHAN / MASALAH
- Padang tidak
mengikut piawaian balapan sebenar (tanah tinggi rendah).
- Pegawai
kejohanan kurang berpengetahuan mengenai aspek teknikal kejohanan.
- Peserta
sukan kurang masa untuk berlatih
- Pelajar
hadir ke padang lewat terutama melibatkan acara awal pagi (sukaneka).
- Kekurangan
masa untuk pemberian hadiah acara padang
CADANGAN UNTUK MENGATASI
- Padang
hendaklah diratakan terlebih dahulu sebelum temasya sukan berlangsung
- Memberikan
taklimat penuh tentang aspek-aspek teknikal kepada pegawai sukan
- Membuat
persediaan yang lengkap
PENUTUP
Diharapkan dengan penganjuran Temasya Sukan Tahunan akan dapat
meningkatkan mutu sukan di sekolah dan dapat meningkatkan nilai etika bagi
guru-guru dan juga pelajar. Kejayaan kejohanan ini atas semua usaha guru-guru
dan sokongan penuh pihak pentadbir sekolah yang senantiasa memberikan tunjuk
ajar serta motivasi dalam penganjuran Temasya Sukan Tahunan. Semoga dengan
penganjuran sukan, sekolah ini dapat mencungkil bakat pelajar dalam arena
padang dan balapan dan boleh ditonjolkan ke peringkat yang lebih tinggi. Segala
kelemahan dalam penganjuran ini diharap akan dapat dipertingkatkan di masa akan
datang. Sekian terima kasih
YANG MENJALANKAN TUGAS,
( HASHIDA BINTI SAKISAN)
AJK Dokumentasi,
Temasya Sukan Tahunan
Kali-3
SK PUNCAK ALAM 3
DISEMAK OLEH ,
(TN HJ ISNU BIN SURURI )
PK Kokurikulum
SK PUNCAK ALAM 3
DISAHKAN OLEH ,
(HJ ISMAIL BIN DAWANI
)
Guru Besar
SK PUNCAK ALAM 3
No comments:
Post a Comment