Sekapur Sireh - Guru Besar ke-1 BBA3037
Alamat hompej ini ialah http://skpa3-bpa.blogspot.com
![]() | ||
KATA-KATA ALUAN
Dengan rasa sukacita dan berbesar hati saya mengalu-alukan kehadiran anda di laman web ini, Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3, 42300 Bandar Puncak Alam Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. Anda akan mendapat sedikit sebanyak maklumat mengenai sekolah di laman ini. Bukan niat saya untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah; jauh sekali untuk dimegahkan. Segala yang dipaparkan adalah merupakan fakta dan kenyataan sekolah ini yang sentiasa dahagakan kemajuan terutama dalam bidang pendidikan dewasa ini.
Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3, sangat memandang berat akan peranan guru dalam pengurusan dan keberkesanan dalam pendidikan di sekolah. Kita juga berpendapat, kecermalangan pendidikan merupakan asas kepada kejayaan sesuatu bangsa. Justeru itu sekolah ini ingin muncul sebagai salah sebuah sekolah yang berkesan bukan sahaja dalam akademiknya, tetapi merangkumi juga dalam bidang-bidang lain terutama kokurikulum, persekitaran atau kecerian kawasannya. Bertitik tolak dari situ, saya percaya dengan keadaan kawasan sekolah yang ceria lagi kondusif, secara tidak langsung akan menjadi salah satu penyumbang kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlaku di sesebuah sekolah itu.
Sekolah ini sangat bernasib baik kerana mempunyai suasana yang mendorong kepada aspirasi kita untuk merealisasikan sekolah agar menjadi sebuah sekolah berkesan pada tahun-tahun mendatang. Pada tahun 2011 sekolah ini telah diperuntukan sebuah makmal komputer berinternet (jaringan internet) yang mana ianya merupakan satu suasana baru yang disediakan untuk anak didik kita menjelang abad ke-21 ini selaras dengan visi dan misi sekolah ini. Saya percaya dan penuh yakin, sekolah kita akan memperoleh kejayaan demi kejayaan atas kegemblingan semua tenaga dan pihak terlibat yang inginkan kejayaan dan pengetahuan untuk anak-anak mereka. Mengenai keputusan UPSR, sekolah kita masih memerlukan suntikan semangat bagi mendorong tiap-tiap pelajar di sekolah ini meniti kejayaan cemerlang.
Terima kasih kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah, 45000 Kuala Selangor,
PIBG sekolah ini, dan lain-lain badan atau orang perseorangan yang sentiasa membantu sama ada wang ringgit, tenaga, sokongan moral, material atau buah fikiran demi memajukan sekolah ini.
.
Akhir kata sekali lagi ucapan terima kasih dari saya kerana melayari laman web kami. Sila isi 'Buku Lawatan' yang disediakan seandainya telah berfungsi. Gunakan kemudahan sebaik mungkin. Cut Apple-A.
.
Salam hormat dari saya,
. |
Monday, 2 December 2013
Sekapur Sireh - Guru Besar ke-1
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment