Sunday, 24 May 2015
Bakti Keluarga
Menghadapi bulan Rejab dan bagi menyambut kedatangan bulan yang mulia dan
penuh berkah ini, kedatangan Ramadan penghulu segala bulan pasti dinanti oleh seluruh umat Islam di dunia ini. Atas alasan ini memungkinkan kehadiran tangisan bergema tatkala kehadiran-mu. Kerinduan ini bagi sesetengah pihak dan individu amat-amat dinantikan. Apatah lagi apabila kepergian-mu sudah pasti akan diratapi. Begitu juga kpd hati-hati yang sudah mati lantaran kelangsungan hidup di atas nama kehidupan di duniawi ini. Memburu harta dunia.
Atas dasar ini nun dikejauhan dalam sebuah desa terpencil, satu keluarga dalam mengharungi perjalanan akhir barangkali. Ingin kupaparkan bagaimana keluarga itu menghadapi rukun islam yang ke-4. Sesi juadah berbuka puasa dan menu sahur barangkali sudah pasti ingin bertukar ganti mengikut suai rasa. Begitu juga
dua jenis nasi dan nasi bubur yang harus disedia olehnya.
Abang-abang, kakak-kakak dan adik-adikku sekalian.
Menu makanan harian ayahanda dan bonda kini, telah bertukar
mengikut amalan usia dan amalan kesihatan yang sepatutnya. Maka dalam kes yang terpencil ini ianya kurang mendapat perhatian yang sewajarnya daripada anak-anaknya. Apalah yang ada pada diri kita seandainya ditanya oleh yang berhak bertanya. Saya pun tiada hak bertanya. Pun begitu tiada hak bersuara
oleh kerana undi kurang percaya melebihi undi mutlak sebahagian daripadanya. Dalam keadaan sebegitu saya terpanggil untuk menyuarakan kebimbangan yang mungkin timbul oleh akibat dan musabab daripadanya.
Marilah kita berfikir di luar kotak secara positif. Bukan hanya menyalahkan diri orang lain sahaja bagai melepaskan batuk di tangga. Bukankah menyalahkan diri orang lain itu "bukan satu amalan yang dituntut"? Lumrah, sekarang ini rumah pun sudah tiada bertangga. Beruntunglah kepada siapa kepada rumahnya yang masih ada tangga. Dalam keadaan sebegitu sepatutnya rumah yang masih ada tangga itu saya fikir masih tebal semangat dan amalan lama sepeninggalan amanat kedua orang tua kita. Bukankah begitu?
Dan apakah yang anda fikir ketika ini? Jangan membeza-bezakan diri adik beradik kita. Itu sudah suratan dan takdir masing-masing. Mahu tidak mahu itu luh mahfuz kita.
Sesal dahulu? Mana mungkin akan terjadi sebegitu. Sesal kemudian tiada gunanya. Ini sebahagian ungkapan orang lama yang masih ampuh dipersada pemikiran terhadap orang yang tamakan harta duniawi kini.
Saya mungkin salah seorang yang tergolong dalam kalangan individu itu. Walau apapun individu itu sendiri tidak sedar dan menyadari. Hanya orang lain yang mengadilinya. Saya ingin bertanya. Di manakahkedudukan anda sekarang ini? Apakah doa anda yang ampuh mungkin, selepas sembahyang lima waktu itu?
Adakah ianya berhasil? Adakah ianya mujarab? Mampukah anda menjalaninya? Adakah anda mendoakan kebahagiaan dan kesihatan mereka juga? Ya. Mana mungkin saya dengar doa anda. Persoalan demi persoalan mungkin timbul lantaran daripada penulisan yang tidak dijemput ini. Mungkin kita semua telah ada dan sudah ada DNA babi, mungkin. Apa tidaknya ekonomi negara dimonopoli oleh bangsa Cha ya nun slif yang sinonim dengannya. Petang tadi kita pun makan juga. Mungkin ini kerana doa-doa kita kurang ditunaikan oleh-Nya.
Lihatlah kini. Bagaimana keadaan ayahanda dan ibonda kita kini.
Saya teringatkan kata-kata pujangga moden. Ia berbunyi "Manusia itu sama namun Nasib manusia tidak sama".
Dewasa ini kita sadari dan kita melihat sendiri apa yang saya perkatakan di atas memang benar-benar menginsafi dan menginsafkan diri saya. Pun begitu kepada adik-adik saya yang sudi dalam paksa, kini tanggungjawab mesti digalas.
menjaga kedua orang tua kita. Tidak ketinggalan juga kepada kakak-kakak dan abang-abang saya yang telah menjaganya. Terima kasih saya ucapkan kepadanya, mogadan pasti Allah azawajalla dapat membalas budi baik mereka berdua.
Tiada ungkapan yang selayaknya yang saya berikan kepadanya.
Pujian, sanjungan, ucapan terima kasih pun jauh sekali. Malah kata-kata
nista dan cerca yang didapati sama ada kata-kata itu diluahkan atau dilontarkan kepada seseorang atau pun diucapkan dalam hati mereka sendiri. Jangan bersedih dan sayu hati. Itu sudah bahagian kita masing-masing, Percayalah kata-kata itu sebahagian daripada doa kita. Kita juga ada keturunan yang memungkinkan doa itu akan berbalik dan kena kepada
anak-anak atau cucu-cucu kita dikemudian hari.
Terus terang ingin saya katakan di sini yang ibonda saya belum mengampunkan semua dan segala dosa-dosa saya terhadapnya. Terlambat untuk dipohon kini. Namun di hujung usia kini saya ingin berbuat jasa dan kebaikan terhadapnya. Walaupun kedapatan
suara-suara yang tidak enak didengar. Jangan kesah semua itu. Sememangnya
itulah bahagian saya yang pernah dilahirkan olehnya. Kini setiap hari saya panjatkan doa demi kesihatan dan kekuatan ibonda dan ayahanda saya (kita) dalam sadakah subuh saya, moga diberi kesihatan dan kekuatan fizikal yang terbaik untuk mereka berdua.
Amin amin aamiin ya robbal alamiin.
Selamat berRamadan dan Edul Fitri 1436h.
<visnu.sururi@gmail.com> 23 Mei, 2015 Sabtu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment